Ujikaji Sistem Bateri

Bateri jenis litium ion digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian.

Seiring dengan penggunaan telefon bimbit dan komputer riba yang semakin meluas, maka teknologi ujian yang lebih selamat perlu diberi perhatian.

Ketumpatan tenaga yang tinggi pada satu bahagian dan kesannya pada bahagian yang lain seperti kerosakan litar pintas, tenaga berlebihan, penyahcas tenaga, penyejukan yang tidak mencukupi atau kerosakan mekanikal dalam bateri litium ion.

  • Aplikasi:

    Bateri litium ion dalam pelbagai saiz

  • Jenis-jenis Peti Ujian:

    Jenis Siri E5

  • Spesifikasi Ujian:

    Ujian yang berterusan walaupun berlakunya sebarang letupan, kebakaran, kebocoran elektrolit dan gas pada bateri litium ion.

Battery Test Chamber

BAHAYA yang mungkin terjadi pada bateri yang rosak:

  • Litar pintas,
  • Tenaga berlebihan,
  • Penyahcas tenaga,
  • Penyejukan yang tidak mencukupi,
  • Kerosakan mekanikal

Tujuan untuk mengelakkan KESAN DRASTIK yang boleh berlakunya:

  • Letupan,
  • Kebakaran,
  • Kebocoran elektrolit dan gas,
  • Mengaktifkan peranti keselamatan
Battery Test Chamber
Battery Test Chamber - Interior View

Prosedur Keselamatan Yang Tinggi

Banyak bateri litium ion cenderung mengalami masalah pemanasan berlebihan.

Siri Jenis ES adalah sistem yang canggih yang merangkumi reka bentuk keselamatan terbaik untuk ujian bateri litium ion .

Sistem ujian bateri pada peti ujian kami mempunyai unit bekalan kuasa yang berasingan untuk memastikan ujian berterusan dapat dijalankan walaupun berlakunya letupan, kebakaran, kebocoran elektrolit dan gas semasa ujian.

Dalam situasi kecemasan, unit bekalan kuasa boleh terus berfungsi dengan peti ujian pengganti. Peti ujian dan unit bekalan dihubungkan melalui medium pemindahan haba.

Battery Test Chamber - Interior View

Peranti Keselamatan Tambahan

Terdapat juga peranti keselamatan tambahan yang boleh diubahsuai bergantung kepada jenis ujian:

  • Pemantauan suhu yang pelbagai
  • Saluran untuk menyahkan tekanan akibat letupan
  • Pemantauan kadar gas
  • Penyingkiran udara dalam ruang ujian
  • Membilas menggunakan gas atau wap air
  • I/O digital dengan pelbagai fungsi tambahan

Selain Siri Jenis ES, peranti keselamatan ini juga boleh digunapakai  pada peti ujian klimatik dan sistem ujian kejutan terma.

Semua peti ujian dihasilkan untuk memenuhi keperluan pelanggan kami. Pelanggan boleh mendapatkan unit yang diperlukan sama ada medium udara atau pemindahan haba dengan pelbagai varian standard.

Sila berunding dengan kami.
Kami sedia membantu.

Berkebolehan. Boleh Diubahsuai. Jaminan Kualiti.

Di RS-Simulation Asia, kami hanya menggunakan alat ganti daripada produk kami dan setiap fungsi diuji melalui proses pemeriksaan yang teliti mengikut spesifikasi kualiti kami.

  • Kami menawarkan simulasi persekitaran alam semula jadi dan buatan yang merangkumi pelbagai aspek seperti suhu, kelembapan, getaran, ujian kejutan terma, ujian bateri, dan banyak lagi.
  • Makmal kalibrasi yang telah diiktiraf dengan MS ISO/IEC 17025:2017 (SAMM 975).
  • Kalibrasi untuk Peti ujian klimatik berdasarkan Panduan DKD-R-5-7.
  • Penawaran modul peti yang boleh diadaptasikan bagi memenuhi keperluan khusus pelanggan.
  • Pusat kemudahan 3S ‘sales’, ‘service’ dan ‘spare part’ (jualan, perkhidmatan, bahagian ganti) berpengkalan di Puchong, Malaysia, untuk memberikan sokongan maksimum dan mencapai kepuasan pelanggan yang lebih besar.
RS-Simulation Asia Sdn Bhd (Reg No: 637594-D)
Hak Cipta © 2003-. Hak Cipta Terpelihara. Sitemap