Peti Ujian Suhu & Klimatik

Peti Ujian Suhu dan Klimatik digunakan untuk mencipta keadaan suhu dan kelembapan yang terkawal bagi mensimulasikan keadaan persekitaran yang sebenar.

  • Aplikasi:

    Jaminan kualiti, penyelidikan dan pembangunan komponen serta produk seperti elektronik, penyimpanan tenaga, pemprosesan bahan, pencahayaan solar, kimia, bahan binaan, dan lain-lain.

  • Jenis-jenis Peti Ujian:

    • Jenis Siri XTS / XKS (Modero)
    • Jenis Siri TS / KS (Agilis)
    • Jenis Siri TSM/KSM (Modular Kit)
  • Spesifikasi Ujian:

    Untuk jenis Siri TS/KS (Agilis)

    • Julat Suhu: -50°C hingga +180°C
    • Kadar Pemanasan/Kadar Penyejukan: dari 5.0 K/min hingga 30.0 K/min
    • Julat Kelembapan: 10% hingga 98% kelembapan relatif

    Untuk jenis Siri XTS/XKS (Modero)

    • Julat Suhu: -40°C hingga +150°C (+180°C)
    • Kadar Pemanasan/Kadar Penyejukan: dari 3.0 K/min hingga 7.0 K/min
    • Julat Kelembapan: 10% hingga 98% kelembapan relatif

Agilis Climatic Cabinet
Modero Climatic Cabinet

Jenis-jenis Peti Ujian

Agilis Climatic Cabinet

Jenis Siri TS/KS (Agilis)
Peti Ujian Suhu dan Klimatik siri TS/KS adalah sistem ujian yang padat dengan prestasi yang tinggi.

Setiap sistem disusun secara tersendiri mengikut keperluan pengguna dari rangkaian modular.

  • Tapak mesin, bahagian lantai peti uji, ruang ujian, pintu, dan bahagian penampung beban, di dalam dan luar diperbuat daripada keluli tahan karat berkualiti tinggi (1.4301).
  • Muatan berat yang besar di dalam ruang ujian disebabkan oleh pembinaan rangka yang stabil.
  • Kawalan program yang berpaksikan pada ‘CAN bus’ telah disatukan dalam pintu.
  • Dapat mengawal pelbagai pilihan jaringan dengan keselesaan pengendalian yang tinggi.
  • Melindungi persekitaran melalui pengurusan tenaga bersepadu pada prestasi yang amat tinggi.
  • Pelbagai pelarasan rak melalui ‘C-rails’ di bahagian sisi dinding peti, bertujuan  untuk melaras susunan bahan ujian.
  • 2-peringkat penyejukbekuan.
  • Kadar perubahan suhu dari 1K/min hingga 30K/min.
Modero Climatic Cabinet

Jenis Siri XTS/XKS (Modero)

Peti ujian suhu dan klimatik dalam siri XTS / XKS merupakan sistem ujian yang padat dengan banyak peralatan yang standard.

  • Pintu dan ruangan ujian diperbuat daripada keluli tahan karat yang berkualiti tinggi.
  • Muatan berat dalam ruang ujian disebabkan oleh pembinaan rangka yang stabil.
  • Kawalan program yang berpaksikan pada ‘CAN bus’ dipasang pada pintu.
  • Dapat mengawal pelbagai pilihan jaringan dengan keselesaan pengendalian yang tinggi.
  • Ketinggian rak boleh dilaraskan dengan menggunakan landasan berlubang pada dinding sisi, kemungkinan untuk mengikat susunan bahan ujian.

Pilihan

  • Pemisahan Suhu
  • Perlaksanaan Bentuk Segi Empat Tepat
  • Tingkap pada pintu
  • Pengeringan yang menyeluruh
  • Penyesuaian ruang ujian
  • Kalis bunyi
  • Rak
  • Tingkatkan prestasi
  • Simulasi Solar
  • Perlindungan dari ledakan
  • Gas berbahaya

Type series TSM/KSM (Modular Kit)
Type series TSM/KSM (Modular Kit)

Jenis Siri TSM/KSM (Modular Kit)
Sistem modular – pilihan penyesuaian yang cepat dan mudah bagi TSM atau KSM mengikut keperluan boleh dilakukan untuk membuat penyesuaian khusus dengan menambah lampiran dan sambungan tambahan.

  • Modul asas ditawarkan dalam saiz 600L dan 1000L.
  • Modul tambahan ada dalam saiz 400L, 600L, dan 1000L.
  • Bilik ujian dilengkapi dengan dua sayap pintu dengan pilihan pintu di sebelah kanan atau kiri

Pilihan

  • Penambangan Ruang ujian
  • Tingkap ruang ujian
  • Cahaya LED
  • Penjimatan Tenaga, berkemungkinan termasuk dengan melibatkan frekuensi untuk sistem penyejukan besar sebagai ciri pilihan
  • Penambahan ‘bushing’
  • Sistem kamera
  • Pilihan kawalan.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai Peti Ujian Klimatik kami

Type series TSM/KSM (Modular Kit)
Type series TSM/KSM (Modular Kit)

Berkebolehan. Boleh Diubahsuai. Jaminan Kualiti.

Di RS-Simulation Asia, kami hanya menggunakan alat ganti daripada produk kami dan setiap fungsi diuji melalui proses pemeriksaan yang teliti mengikut spesifikasi kualiti kami.

  • Kami menawarkan simulasi persekitaran alam semula jadi dan buatan yang merangkumi pelbagai aspek seperti suhu, kelembapan, getaran, ujian kejutan terma, ujian bateri, dan banyak lagi.
  • Makmal kalibrasi yang telah diiktiraf dengan MS ISO/IEC 17025:2017 (SAMM 975).
  • Kalibrasi untuk Peti ujian klimatik berdasarkan Panduan DKD-R-5-7.
  • Penawaran modul peti yang boleh diadaptasikan bagi memenuhi keperluan khusus pelanggan.
  • Pusat kemudahan 3S ‘sales’, ‘service’ dan ‘spare part’ (jualan, perkhidmatan, bahagian ganti) berpengkalan di Puchong, Malaysia, untuk memberikan sokongan maksimum dan mencapai kepuasan pelanggan yang lebih besar.
RS-Simulation Asia Sdn Bhd (Reg No: 637594-D)
Hak Cipta © 2003-. Hak Cipta Terpelihara. Sitemap