Membaiki Peti Ujian

Gangguan tiba-tiba memang berlaku terutamanya apabila peti ujian klimatik gagal dijaga dengan baik dalam tempoh masa tertentu, dan ini mungkin menyebabkan gangguan ujian yang memudaratkan.

Berita baiknya ialah, kami di RS-Simulation Asia memiliki tenaga kerja yang mencukupi dan kepakaran teknikal yang berpengalaman dan dapat bertindak cepat di tapak kejadian dan/atau kerja penyelenggaraan keseluruhan tanpa mengira pengeluar peti ujian.

Environmental Chamber Maintenance

Alat Ganti

Kami memastikan peralatan yang diperlukan sentiasa tersedia untuk penggunaan serta penyimpanan yang berkesan.

Selain itu, makmal ujian kami di Puchong, Malaysia sentiasa bersedia dan berperanan sebagai sokongan dan perkhidmatan ujian jika diperlukan.

Naik Taraf & Pembaharuan

RS-Simulation Asia menawarkan naik taraf teknologi baru dan pembaharuan dalam bidang pengeringan, teknologi kawalan dan pengawalan, kejuruteraan mekanik, dan kejuruteraan proses.

Pelupusan secara Profesional

Kami mengambil berat terhadap sistem ujian lama, bahagian yang dikeluarkan dan juga bahan penyejuk dengan bukti pembuangan yang tidak mencemarkan persekitaran sekeliling kami.

Perlu sokongan?
Jangan tunggu lagi. Hubungi kami hari ini

Berkebolehan. Boleh Diubahsuai. Jaminan Kualiti.

Di RS-Simulation Asia, kami hanya menggunakan alat ganti daripada produk kami dan setiap fungsi diuji melalui proses pemeriksaan yang teliti mengikut spesifikasi kualiti kami.

  • Kami menawarkan simulasi persekitaran alam semula jadi dan buatan yang merangkumi pelbagai aspek seperti suhu, kelembapan, getaran, ujian kejutan terma, ujian bateri, dan banyak lagi.
  • Makmal kalibrasi yang telah diiktiraf dengan MS ISO/IEC 17025:2017 (SAMM 975).
  • Kalibrasi untuk Peti ujian klimatik berdasarkan Panduan DKD-R-5-7.
  • Penawaran modul peti yang boleh diadaptasikan bagi memenuhi keperluan khusus pelanggan.
  • Pusat kemudahan 3S ‘sales’, ‘service’ dan ‘spare part’ (jualan, perkhidmatan, bahagian ganti) berpengkalan di Puchong, Malaysia, untuk memberikan sokongan maksimum dan mencapai kepuasan pelanggan yang lebih besar.
RS-Simulation Asia Sdn Bhd (Reg No: 637594-D)
Hak Cipta © 2003-. Hak Cipta Terpelihara. Sitemap