Inkubator BOD

Permintaan oksigen biokimia atau “Biochemical oxygen demand” (BOD) adalah pengukur yang menentukan kadar permintaan oksigen, iaitu berapa banyak oksigen yang diperlukan untuk pengoksidaan sebatian organik oleh mikroorganisma (dalam air, air sisa).

Inkubator BOD baharu untuk sistem Oxi-Top® siri ST BD.

Inkubator ST BD dilengkapi dengan soket dalaman 230V dan direka khas untuk menampung 2, 3 atau 4 set WTW OxiTop® IS 12 (bergantung pada model).

  • Aplikasi:

    • Ditujukan untuk inkubasi sampel bagi penentuan kadar permintaan oksigen biokimia atau “Biochemical oxygen demand” (BOD).
  • Varian Kabinet:

    • Tersedia dalam 3 saiz peti ujian: kapasiti 150, 250, dan 300 liter.
    • Semua mempunyai sirkulasi udara paksa dan pintu luaran penuh. Peti ujian dibuat dalam versi B (asas) – bahagian dalam diperbuat daripada aluminium, bahagian luar daripada kepingan salutan-serbuk.
    • Keseluruhan rangkaian ST BD ditawarkan dengan pengawal Smart.
BOD Incubator
BOD INCUBATOR ST BD 2

INKUBATOR BOD ST BD 2

BOD INCUBATOR ST BD 4

INKUBATOR BOD ST BD 4

BOD INCUBATOR ST BD 5

INKUBATOR BOD ST BD 5

Berkebolehan. Boleh Diubahsuai. Jaminan Kualiti.

Di RS-Simulation Asia, kami hanya menggunakan alat ganti daripada produk kami dan setiap fungsi diuji melalui proses pemeriksaan yang teliti mengikut spesifikasi kualiti kami.

  • Kami menawarkan simulasi persekitaran alam semula jadi dan buatan yang merangkumi pelbagai aspek seperti suhu, kelembapan, getaran, ujian kejutan terma, ujian bateri, dan banyak lagi.
  • Makmal kalibrasi yang telah diiktiraf dengan MS ISO/IEC 17025:2017 (SAMM 975).
  • Kalibrasi untuk Peti ujian klimatik berdasarkan Panduan DKD-R-5-7.
  • Penawaran modul peti yang boleh diadaptasikan bagi memenuhi keperluan khusus pelanggan.
  • Pusat kemudahan 3S ‘sales’, ‘service’ dan ‘spare part’ (jualan, perkhidmatan, bahagian ganti) berpengkalan di Puchong, Malaysia, untuk memberikan sokongan maksimum dan mencapai kepuasan pelanggan yang lebih besar.
RS-Simulation Asia Sdn Bhd (Reg No: 637594-D)
Hak Cipta © 2003-. Hak Cipta Terpelihara. Sitemap